BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 19, 2009

Selamat Bercuti Buat Sahabat Sekalian...

setelah sekian lama....baru kini berpeluang untuk mencoret tinta terakhir keberadaanku dimakztab...di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat bercuti buat teman-teman seperjuagan...

maafkan segala kekhilafan diri aku yang lemah ini..

penuhkan masa cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat...

aku juga ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat temanku Hasanah...
semoga menjadi Isteri Solehah dan Ibu Mithali...

Sunday, October 18, 2009

Salam Perjuangan....

Bersama Kita Lestari Satu Wahdah Kepimpinan Murobbi...

***********************************************

Calon-Calon PISMP Semester 4 pengajian Agama






























*******************************************************
Calon-Calon PPISMP Semester 1 Pengajian Agama...































Bersama Menegakkan Fikrah Islamiyyah...
WAHDAH Khilafah Mahabbah...
Selamat mengundi!!!

Uhibbukumfillah....

Alhamdulillah….usai sudah hasratku menghabiskan novel “Terasing” karangan Hilal Asyraf seorang penulis muda yang berjiwa besar. Novel yang menepati citarasa jiwaku sebagai sahabat… banyak pengisian membina yang mengetuk dinding hatiku dan memberi peringatan akan tanggungjawab aku sebagai sahabat lantas menyedarkan aku akan erti persahabatan yang sebenar..

Sahabat besar ertinya dalam kehidupanku...indahnya persahabatan kerana Allah…saat senang bersama…saat berjaya bersama…saat suka bersama…saat susah bersama…saat sedih bersama…saat kecewa bersama…jatuh dan bangun bersama…sama-sama jalani kehidupan yang penuh fitnah dan dugaan..

persahabatan… ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya juga…saling merasai, saling menjiwai, saling berkongsi, saling lengkap melengkapi...andai sahabat kita kesusahan..kitalah orang yang pertama datang menghulur bantuan…andai sahabat kita menempa kejayaan kitalah orang yang pertama mengukir senyuman kegembiraan…indah sungguh berukhwah kerana Allah….

Aku inginkan sebaik-baik sahabat….

Rasulullah bersabda :

“ Tidak beriman seseorang daripada kamu, sehingga dia mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya”…

“ cukupkah keperluan tuntutan berukhwah aku laksanakan bagi melayakkan aku mendapat sebaik sahabat?…mana mungkin aku akan dapat sebaik sahabat andai diri tidak sebaik-baik sahabat …aku perlu baik..baru la aku dapat sahabat yang baik…”

Iya itulah hakikat… hakikat yang perlu aku ketahui kerana ukhwah yang terbina atas dasar keimanan dan taqwa sahaja yang dapat membuahkan ukhwah sejati dan abadi…itulah sebaik-baik persahabatan..persahabatan kerana Allah.


**********************************************

Indahnya Persahabatan ini KeranaMu…


Aku (Saif) dan Zaman memang rapat. Sama-sama dalam kumpulan debat, sama-sama berjuang dalam Badan Pengawas Sekolah, dan sama-sama mempunyai matlamat kehidupan yang sama, iaitu meletakkan diri pada tahap yang Allah redhai, dan mengajak manusia lain kea rah yang sama.

“tapi aku ada kerisauan.” Tawa mengendur. Wajah Zaman mula serius.

“ Kenapa? Takut tidak dapat biasiswa ke?”

“Aku tidak risau fasal duit”

“Habis tu?”

“ aku risau pasal diri aku.”

“Apa yang kau risaukan?”

“ aku risau kalau Allah uji aku tersungkur atas jalan ini. Aku risau Allah uji aku dengan memalingkan aku daripada kebenaran, lalu aku jatuh ke lembah kehinaan.”

Aku ( Saif) senyap. Suasana damai yang indah dengan sinaran matahari terbit seakan menjadi suram dengan bicara Zaman. Memang iman manusia itu sifatnya turun dan naik. Hidup manusia pula seperti roda. Ada masa di atas dan ada masa di bawah. Bila-bila masa sahaja seseorang manusia itu boleh tersungkur jika dia tidak berjaga-jaga.

“ Jangan risau, perkara itu tidak akan terjadi kepada kau.” Aku ( Saif) cuba menenangkan.

Zaman menggeleng.” Aku bukan malaikat.” Berbicara dengan terus menghadap matahari terik.

Benar. Nampaknya aku tersilap bicara.

Zaman memandang .

“Sahabat.”

Aku (Saif) mengangkat kening. Kenapa?

“Janji pada aku dua perkara.” Zaman mengepal penumbuk dan mendekatkannya pada dada kiriku (Saif).

“ Pertama ingat aku dalam setiap doamu.”

“Kedua?”

Zaman menarik nafas sebentar. “kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok kau luruskanlah aku.”

Hatiku (Saif) bagaikan ditusuk sesuatu yang tajam. Bicaranya menyengat. Besar sungguh harapannya. Takut sungguh akan kerosakan dirinya, sememangnya keimanan manusia ini akan diuji. Dan bagi yang telah merasai kemanisan iman itu, memang dia akan merasa sayang untuk melepaskannya. Mungkin, Zaman sedang merasakan sesuatu yang serupa. Takut teruji dengan sesuatu yang tidak terjangka.

“ Sahabat.” Zaman berbicara lagi.

Aku (Saif) memandang matanya. Tanpa suara, aku bertanya dengan mataku, kenapa?

“ Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu.”

Ketika ini, air mata meleleh juga, tangan Zaman yang menyentuh dada, kupegang dan kudekatkan tubuhnya kepada diriku. Dia kudakap seeratnya.

“ Zaman aku janji dengan kau. Janganlah kau risau macam ni. Kau buat aku sedih.”

Dan aku tahu, Zaman sedang tersenyum bersama air matanya yang meleleh juga. Entah kenapa, aku dapat merasakannya.

Tak sangka, Saifullah yang gagah dan tegas, mampu melelehkan air matannya juga.”

“ Kau peril aku?”

“ Aku bercakap yang benar sahaja.”

Aku tersengih. Sempat lagi bercanda.

“ Saifullah.”

“ Ya.”

“ Uhibbukafillah.” Aku cintakan kamu kerana Allah,

Hati seperti disapa salju.

“uhibbukafillah aidhan.” Aku cintakan kamu kerana Allah juga,

Satu janji terpatri. Di hadapan panorama ciptaan Allah yang indah lagi menyentuh hati.


**************************************************


Aku kagum kehidupan berukhwah antara dua sahabat ini, Zaman dan Saifullah ( watak novel Terasing) benar-benar menyedarkan aku akan ukhwah persahabatan yang sebenar iaitu mencapai mardotillah..subhanallah..indahnya persahabatan keranaMu…

Tuhanku…

Aku patrikan sebuah persahabatan ini atas jalan AgamaMu..andai aku diuji dalam medan uhkwah ini..berikanlah aku kekuatan..berikanlah aku ketabahan..berikanlah aku kesabaran…kerana aku tahu laut tidak selalunya tenang..adakalanya ia bergelora kencang…ukhwah ini tidak selalunya manis…pasti ukhwah ini akan diuji…teguhkan hati-hati ini ya Allah dalam mencapai RedhaMu..

Sahabat-sahabat ku…

Aku suka memetik kata-kata Zaman ini. Hayatilah sahabatku sekalian…

“kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok kau luruskanlah aku. Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu.”

Begitulah indahnya persahabatan kerana Allah…saling kasih berkasih kerana Allah..saling sayang menyayang kerana Allah…saling nasihat menasihat kerana Allah…indahnya Persahabatan keranaMu..

Dengarlah sahabat…

Aku cintakan kalian kerana Allah….abadan abada….

Moga ukhwah suci ini kekal selamanya…

Friday, October 9, 2009

Nikmatnya Ujian Tuhan

Ujian dan dugaan itu datang dan pergi dalam hidup, silih berganti bagaikan siang dan malam…ujian itu hadir tanpa mengenal siapa…tanpa mengenal rupa…ujian itu datang tiba-tiba tanpa kita sangka dan tanpa kita duga, itulah kehidupan. Kehidupan ini ibarat roda, ada masanya kita di atas dan ada masa pula kita dibawah. inilah realiti kehidupan yang kita tempuh dan harungi sehari-hari…


Aku masih teringat akan satu ketika, sewaktu aku menemani Ukht Syazana ke Bank Islam. Sambil-sambil menunggu beliau, mataku tiba-tiba terpandang satu susuk tubuh tua yang duduk di kaki lima bersama basikal roda tiga dan sedikit barang-barang perniagaannya. Kasihan sungguh aku melihat kesusahan yang di alami pak cik tua itu. Mana tidaknya sudahlah ku lihat tidak berdaya ditambah pula kurang upaya. “ tabah sungguh hati tua itu, meniti kehidupan dengan kekurangan. Bagaimanalah kehidupan sehari-harian”.., Hati kecilku berbicara. “Kasihan, tidak adakah saudara-saudaranya yang sudi membantu??, kemana anak-anaknya menghilang?? fikiranku mula ligat bertanya persoalan demi persoalan. Jiwa halusku meronta-ronta ingin membantu walaupun yang tidak seberapa. Alhamdulillah keinginan itu tertunai akhirnya.

Syukur….Alangkah baiknya kehidupan aku jika dibandingkan dengan kehidupan pak cik tua itu..apalah sangat ujian yang Allah berikan padaku jika dibandingkan dengan pak cik itu. Apalah sangat kesusahan yang Allah berikan padaku jika dibandingkan kesusahan pak cik itu. Apalah sangat kepayahan yang Allah berikan pada aku jika dibandingkan dengan pak cik itu..beruntung sungguh kehidupan aku..Jika aku diuji sebegitu, bolehkah aku setabah pak cik tua itu??..tuhan…ujian yang sedikit pun kadang-kadang aku bersedih…

Kadang-kadang aku terfikir :

Tuhan Kenapa aku diuji?…kenapa aku dipilih untuk menerima ujian dariMu??..kenapa mesti aku menerima beban masalah ini??.. lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta”.
(Al-Ankabut: ayat 2-3)

Sedarlah wahai jiwaku…
Kehidupan itu sebenarnya pertaruhan… justeru, Allah datangkan ujian bagi menilai sejauh mana keimanan dan ketaqwaan sebenar-benar hamba... ingatlah jika kau kuat maka kau akan menang..jika kau lemah, maka kau akan kalah…Allah tidak sesekali akan membiarkan kau dalam kealpaan…percayalah wahai jiwa…

Tuhan kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan??..kenapa tuhan tidak kabulkan impian??, kenapa keinginan aku tidak jadi pilihan tuhan??.. lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :

“…..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui”.
(Surah al-Baqarah : ayat 216)

Sedarlah wahai jiwaku…
Kadang-kadang apa yang kau hajatkan kau fikirkan adalah yang terbaik untuk dirimu, akan tetapi perkara yang tak terduga olehmu dengan tiba-tiba sahaja. Kau mula mengeluh dan bersedih. Lupakah kau.. apa yang kau inginkan tidak selalu indah di sisi tuhan, kerana kau menilai hanya dari segi zahir dan luaran sahaja. Boleh jadi, perkara yang tak terduga itu terbaik untukMu..sedarlah…sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Tuhan kenapa Engkau uji aku seberat ini?? Kenapa aku diduga sedasyat ini??, lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
( Surah al-Baqarah : ayat 286)

Sedarlah wahai jiwaku…
Jika kau diuji, yakinlah bahawasanya engkau adalah insan yang terpilih untuk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Yakinlah, Dia tidak akan menguji hambaNya dengan sia-sia melainkan kau mampu untuk menghadapinya.. sabarlah wahai jiwa, sesungguhnya pertolongan Allah akan menyusul berkat kesabaranmu..Janganlah kau berputus asa dari rahmat Allah...pelangi tidak akan muncul sebelum turunnya hujan…


Tuhan kenapa aku kecewa dengan ujian ini?? Kenapa aku bersedih dengan dugaan ini?? Kenapa aku mengeluh dengan masalah ini??.. lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”.
( Surah Ali Imran : ayat 139 )

Sedarlah wahai jiwaku…
Janganlah kamu kecewa dan bersedih atas ujian yang menimpa, cubalah kau berlapang dada dengan ketentuan tuhan.... bersabarlah wahai jiwa, kau sebenarnya hamba paling tinggi darjatnya disisi tuhan. Bergembiralah wahai jiwa, berkat kesabaran itu menjadikan kau hamba kesayangan tuhan..

Tuhan bagaimana harus aku menghadapi ujianNya??,… lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
( Surah al-Baqarah : ayat 45 )

Sedarlah wahai jiwaku…
Sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk kepadamu…jadikan sabar dan solatmu sebagai penolongmu menghadapi ujian…pagarilah dirimu dengan tembok kesabaran dan solatmu dengan penuh pengharapan…moga-moga diberi kekuatan dalam menghadapi arus dugaan..

Tuhan apa yang aku dapat dari ujian ini??, apa yang aku peoleh dari dugaan ini???.... lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :

Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.
(Surah at-Taubah : ayat 111)

Sedarlah wahai jiwaku…
Bahawa Janji Allah itu pasti..janji Allah itu benar.. bergembiralah wahai jiwa…jika engkau redha dan ikhlas dengan ujian Allah, yakinlah bahawa janji Allah pasti milikmu tanpa sangsi…

Tuhan kepada siapa aku harus berharap??, kepada siapa aku harus bergantung??... lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :

Jika mereka berpaling (dari keimanan), Maka Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiKu; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya Aku bertawakkal dan dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".
(Surah at-Taubah : ayat 129)

Sedarlah wahai jiwaku…
Hanya Allah sebaik-baik pengharapan…tiada yang standing denganNya…Yakinlah, kau tidak akan sesekali kecewa dengan Allah…selangkah kau kepadaNya..seribu langkah Dia datang kepadamu…begitu kasih dan sayangNya Allah kepada hambaNya…


rasailah wahai jiwaku….Allah sangat dekat denganmu, Allah mendengar rintihan dan rayuanmu:

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku”.
( Surah al-Baqarah : ayat 152 )

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”.
( Surah al-Baqarah : ayat 186 )

“Dan orang-orang yang memberikan apa yang Telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) Sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka”.
( Surah al-Mukminun : ayat 60 )


Wahai-wahai jiwa yang lemah…bangkitlah kalian dari kesedihan, kekecewaan dan kekeluhan…
La tahzan!!! Inna Allaha maana!…inna Allaha maana!…inna Allaha maana!…..

Monday, October 5, 2009

Sabarlah Wahai Hati....

Petang Satu Ramadhan, di Dapur Rumah...

“mak ari ni kita nak masak pe tuk buka pose?”…Tanya aku kepada emak sambil-sambil potong sayur…”kita buat rojak je la..lagipun abah tak balik..makan simple-simple je..”..kata emakku pula. "OK...." jawabku sepatah..." Kak Long, saing Kak Long si @#*& da ade gewe (pakwe) ke??"...tetiba soklan cepu cemas tu menghujani aku…”a’ah…da ade gewe…orang @#$&*…” jawabku bersahaja…senang la saing mu tu nanti..ye la nanti tok susah-susah cari doh…ado doh…nak mintak tolong gapo-gapo pun senang…tetiba mak mengexplain tanpa aku duga…”aloh mok..wat gapo ade gewe …tak de gewe pun bley hidup pe..bley mintak tolong pe..ari tu ore suruh Qalbi belikan tiket..senang je…x de susoh pon…tiba giliran aku berhujah..”ade gopo-ade gapo….orang royak ni bende sungguh…senang mu nanti kuar tak susah-susah cari doh..ingat sene ko nak jupo time kijo nanti..ore pakak ado blako la time tuh...mak takut jadi @$#&^* jah”…mak pulang paku buah keras…aku diam membisu.. diam bukan terpana dengan omelan emak..tetapi diam berfikir tentang sesuatu… hatiku bermonolog...”biarlah ore tak de Kekasih Hati mok…asalkan ore happy...x per la…ade rezeki kawin nanti,suami ore la jadi Gewe ore kat Dunia dan Akhirat sampai bila-bila… InsyaAllah mok jangan risau…ade la jodoh anak mok ni…

Kata-kata mak tadi..buat aku berfikir sejenak..ade kebenaran nye di satu sudut..di satu sudut lain aku kurang bersetuju dengan pandangan emak..aku sebolehnya tidak mahu terlibat dengan hubungan perasaan lelaki perempuan sehinggalah aku berkahwin… itu janjiku pada diri yang aku pegang sampai kini…biarlah pengalaman mengajar siapa aku dan tujuan aku dihidupkan…bukan aku menolak fitrah…setiap manusia ada perasaan cinta, kasih dan sayang. Lelaki punyai perasaan terhadapa perempuan dan sebaliknya…itulah Sunnatullah yang telah ditetapkanNya…

Firman Allah :

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)
( Surah Ali Imran : ayat 14 )

Aku juga insan biasa seperti yang lain ingin berkasih sayang dan disayangi..tapi cukuplah aku salurkan kasih sayang aku ini kepada YANG HAK sahaja buat masa ini…biarlah aku pegang sehingga sampai masanya nanti..sebab aku yakin dengan firman Allah :

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji pula, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula”.

(Surah an-Nur : ayat 26)



Bukan mudah untuk mengurus hati dari perasaan rindu, sayang dan kasih kepada orang yg kita suka..aku mengakuinya…tetapi cubalah untuk memujuk hati supaya berjihad melawan perasaan fitrah tu dari tersasar jauh… kuatkan diri untuk jauh dari perasaan yang membawa kita menghampiri pada zina…Allah telah memberi amaran dalam firmannya :

Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.
( Surah Israa’ : ayat 32 )

Benar….sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah…Allah menilai setiap apa yang kita usahakan.. percayalah….

Bersabarlah wahai hati…Allah sedang mempersiapkan jodohMu…bersabarlah…Allah mendengar sgala doa-doamu… Allah pasti menunaikan janjiNya…yakinlah wahai hati….jangan mudah putus asa….

Aku masih teringat suatu ketika bersms dengan sorang ukht berbicara soal hati, perasaan dan jodoh. Di akhir sms kami, dia sempat titipkan sms yang membuat aku tersedar sejenak….

“Wahai wanita solehah….jangan risau akan jodohmu..kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan semata-mata..Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpinmu, andai belum sampai jodohmu anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu..kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu…”

Tersingkap kebenaran di sebalik kata-kata ini...menyedarkan aku daripada leka yang aku cipta sendiri...

Jangan bersedih wahai hati…

Kadang-kadang apa yang engkau impikan tidak selalu menjadi kenyataan.. engkau diuji dengan bermacam dugaan…sampai-sampai rasa kecewa dan sedih engkau rasakan.. bersabarlah wahai hati…ketahuilah bahawa Allah sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih indah dari apa yang engkau impikan…percayalah…Allah mengasihi engkau selalu indah pada waktunya…

Wahai Maha Pengasih…..
Jika aku jatuh cinta….benihkan cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku mencintaiMu…

Wahai Maha Penyayang…
Jika aku jatuh hati…izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya sentiasa tertaut padaMu…

Wahai Maha Pencinta…
Jika aku rindu…rindukan aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…jagalah rindunya padaMu, agar dia tidak lalai dari merindui SyurgaMu..

Wahai Maha Mendengar isi hati…
Seandainya dia diciptakan untukku..dekatkanlah hatinya dengan hatiku…dan jika dia bukan untukku…damaikanlah aku dengan ketentuanMu…

Amen…amen..Ya Rob Alamin…




Friday, September 18, 2009

salam aidilfitri 1430 H

dikesempatan yang ada ini..dikesempatan internet masih ada ini....

aku ingin mengucapkan SALAM AIDIFITRI buat keluarga ku tercinta,sahabat-sahabatku , teman-teman seperjuangan, guru-guruku yang dikasihi,para pensyarah yang disayangi...dan seluruh umat Islam...

dikesempatan ini juga aku ingin memohon seribu kemaafan di atas kekhilafanku dari hujung rambut sampai hujung kaki...halalkan segala makan minumku...juga ilmu yang kalian curahkan untuk kejayaanku..jazakallah khairan kasiran....hanya Allah shaja yang bisa membalas jasa kalian..

mudahan-mudahan dengan kedatangan lebaran ini...memberi sejuta kemenangan, kebahagiaan, kerahmatan dan kesejahteraan....moga-moga kita kembali kepada fitrah yang sebenar....


aku tinggalkan kalian dengan bait-bait lagu ini....smoga menghayati....


Bila tiba hari raya

Syukurku pada yang Esa

Hari meraikan anugerah Allah

Buat yang beriman


Takbir dan tahmid bergema

Penuh gembira dan bangga

Hari kemenangan syawal yang bahagia hari raya

Namun hati ini pilu mengenangkan ramadhan yg pergi

Terangkanlah rahmat keampunan dan barakah…


Sebulan berlalu…. Aku….sering alpa…

Beribadat tapi leka…….

Bersuakah lagi…ajalku x pasti….

Amalanku oh tuhan…terimalah….


Ku insafi dosa pada maha Esa

Pada ayah juga bonda….

Ku pohonkan doa …moga Allah redha…

Hamba ini…oh tuhan…restukanlah….

Ya ….rabbi…restukanlah……

Ya Ilahi….ampunkanlah……




Thursday, September 17, 2009

Pengakhiran Epilog Sebuah Ramadhan


Salam Akhir Ramadhan...

hari-hari berlalu pergi....sebulan yang dulu dinanti...kini tinggal penghujungnya...oh...begitu cepat masa berputar...sebulan yang penuh barakah ini terasa pantas be
rlalu...perginya nanti sebagai kenangan terindah...iya kenangan yang penuh rahmat, maghfirah dan pengampunan Ilahi...

aku bersyukur Tuhan...nikmat Ramadhan ini dapat kurasai lagi...namun hati ini pilu mengenangkan Ramadhan yang bakal pergi meninggalkan aku keseorangan...

Tuhan belum puas aku mengecap nikmatnya beribadat Ramadhan ini...sebulan yang berlalu aku sering alpa...beribadat tetapi leka...


hamba ini sering leka...alpa...pimpinlah hamba ini..oh Tuhan...
berikanlah rahmat, keampunan dan barakah...oh Tuhan kepada hamba lemah ini

aku insafi dosa padaMu Tuhan...dosaku pada ayah dan ibu...
berikanlah rahmat, keampunan dan barakah...oh Tuhan kepada hamba lemah ini

sempatkah akubertemu Ramadhan lagi...
sekali lagi...ooh...aku benar-benar tidak pasti...
mungkin ajal yang bakal menjemputku pulang nanti...
bertemu Robb alamin....

Wahai Allah.. yang Maha Pengasih dan Penyayang...
terimalah amalan hamba ini..
terimalah hamba ini..Ya Allah...
redhakanlah...restukanlah...









Hadiah Istimewa Dari Kekasih Hatiku...

salam alaik...ari ni aku nak bercerita pasal Hadiah Istimewa dari Kekasih...mesti korang tertanya-tanya kan ngape aku tetibe berbicara soal pemberian dari kekasih di bulan Ramadhan ni..korang ingat hadiah kekasih tuk hari Valentine je ke?? Bulan Ramadhan pun ade la…hehehe…mesti korang sibuk nak tau sape dia kekasih hati aku tu kan?..ape yang dia bagi kat aku buat aku jadi happy gler cmni..mesti korang nak tahu...jom baca kisah aku (dgn nada promote)....

kekasih aku tu sangat la baik...dia ingat ulang tahun hubungan kami...setiap kali anniversary kami yang jatuh bulan Ramadhan...dia mesti bagi hadiah kat aku...bertuah aku dapat kekasih cmtu..hehehe..bukan sekali je Dia bagi kat aku tapi 3 kali hadiah yang berbeza-beza dia bagi dalam masa sebulan ni...aku rasa aku la wanita yg paling bertuah dan bahagia kat dunia ni....korang sume nak tau apa Kekasih aku bagi kat aku???nak tau...hehehe...ok..:)

hadiah yang pertama

hadiah ni Kekasih aku bagi time malam pertama sehingga malam yg kesepuluh ramadhan..eh nape dapat dalam bulan ramadhan je??...hehehe...sebab tu aku kata hadiah ni special..hanya bulan pose je aku dapat..walau kami x pernah berjumpa face to face, Dia sangat memahami jiwa dan naluri aku...dengan hadiah yg dia bagi aku rasa happy rasa tenang rasa bahagia sangat-sangat yg x pernah aku kecap sebelum ni...rasa lebih semangat nak contact dia..rasa semangat nak baca-baca surat cinta Dia pernah bagi kat aku...hehehe....rasa korang nak tau x aper Dia bagi?? Dia bagi aku
RAHMAT pada 10 malam pertama Ramadhan...

hadiah yang kedua

aku rasa aku x pernah jumpa kekasih yang Maha Pengasih dan Penyayang mcm Kekasih aku ni...aku terharu sangat...sebab dia terlalu baik untuk aku...walau aku slalu buat x peduli kat dia..x jawab call Dia...jarang baca surat-surat puitis Dia...slalu buat salah ngn Dia..buat apa yang Dia x suka..x pedulikan apa yang Dia suruh...dia tetap sayangkan aku...aku terharu sangat...banyak dosa dan kesalahan aku kat Dia...tapi dia x pernah ungkit dan x pernah marah atas apa yg aku buat kat Dia.. Sebab dia terlalu pemaaf...Malah Dia bagi lagi aku hadiah MAGHFIRAH pada 10 malam kedua Ramadhan...aku rasa x sdap hati bila dalam keadaan terus-terusan berdosa gni..jadi aku amik kata ptus untuk mintk keampunan dariNya..sekarang baru aku sedar bahawa semakin aku pedulikan dan mengenali Dia semakin Dia sayang dan kasih pada aku....mestilah aku nak buat apa yang Dia suka..sebab Dia akan sayang aku lebih nanti...x per la aku rela berkorban demi cintaku padaNya...sebab Dia da janji klu aku nak jumpa Dia nanti..aku kena buat apa yang Dia suruh dan tinggal apa yang Dia larang....

hadiah yang ketiga

hadiah Ramadhan ni yg paling aku tunggu-tunggu dari Kekasih hatiku...sebab Dia da bagi jaminan pada 10 malam terakhir Ramadhan, klu aku buat apa yg Dia suka dan tinggal apa yg Dia benci...Dia janji nak bagi aku SELAMAT DARI SEKSAAN API NERAKA....dan dapat ganjaran Syurga...aku gembira sangat...ye la susah nak dapat hadiah mcm ni tau...ni tawaran hebat...sangat hebat pernah aku jumpe..rugi la aku x amik pluang....aku x boleh ikut hati dan nafsu..aku kena berusaha tuk tawan hati Kekasih aku tu...mudah-mudahan aku dapat apa yg Dia janji...ameen...

KEKASIHKU...AKU BERJANJI AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI....
WALAU NYAWA DIGALANG GANTI...MENGADAI CINTA SUCI INI TIDAK SAMA SEKALI...
WALAU KITA TIDAK PERNAH BERJUMPA...AKU TETAP BAHAGIA...

ITULAH KEKASIHKU...ALLAH S.W.T...CINTA TERAGUNGKU...

" wahai pembolak balik hati-hati...tetapkanlah hatiku di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu"

sebulan ramadhan berlalu....aku sering alpa ya Allah...
beribadah tapi leka...
ampunkan dosa-dosa hambaMu ini...
belum cukup amalku untuk kembali kepadaMu...
pimpinlah daku....Tuhan...

Sunday, September 13, 2009

Ramadhan Dan Menjaga Anggota

Alhamdulillah..syukur dapat gk aku mengapdate blog ni setelah lama membiorkannya sebulan lebih…teringat aku akan tazkirah zuhur minggu lepas yang telah disampaikan oleh al-fadhil ustaz Zulkarnain. Beliau telah mengupas pada bab menyatakan bagaimana menjaga anggota pancaindera semasa berpuasa. aku sempat mencatat beberapa perkara yg ditekankan oleh ustaz untuk perkongsian dengan sahabat-sahabat yang lain.

Puasa pada zahirnya yg kta tahu menahan diri dari makan dan minum serta perkara yg membatalkannya dari terbit fajar hingga terbenam matahari .itulah takrif puasa yg kta blaja time sekolah dlu2. Pada hakikatnya, tanggungjawab puasa itu lebih besar skop,tumpuan dan peranannya kepada umat islam.


Pancaindera Turut Berpuasa

puasa bukan sekadar terletak pada menahan lapar dan dahaga, bahkan seluruh anggota pancaindera kta wajib turut sama-sama berpuasa. Dalam erti kata sebenar, ia dapat menahan,menjaga dan memelihara anggota pancaindera dari perkara-perkara maksiat dan perkara yang boleh mendatangkan dosa.


Puasa Dan Menjaga Hati

Hati ibarat pemimpin yang ditaati oleh rakyatnya. Jika pemimpin sebuah kerajaan itu adil dan saksama maka rakyatlah yang akan menerima hasil kemakmuran dan keamanan dan kebahagian. Begitu jugalah dengan hati, hati yang dipimpin dengan iman dan tarbiyah dapat membuahkan anggota pancaindera yang baik.

Sabda Rasulullah :

ان في جسد ابن آدم مصغة إل صلحت الجسد كله أل وهي القلب



Ketahuilah kita bahawa betapa besar peranan hati dalam memimpin seluruh tubuh dan jiwa kita kepada ketaatan. Hati yang hidup mendorong anggota melakukan kebaikan dan hati yang hidup juga mendorong kita melakukan amalan.

Mengurus hati dengan puasa

Hati yang sakit sebenarnya dapat dirawat dengan amal. Puasa juga salah satu amalan yang dapat menguruskan penyakit hati seperti iri hati, dengki, riya’, hasad, fitnah, buruk sangka , khianat ,was-was, marah, dan sebagainya. ya..jika kta mengalami penyakit hati seperti di atas ketahuilah bahawa kita sebenarnya berisiko untuk menuju ke tahap hati yang mati. Justeru, ubatilah hati kita yang sakit ini dengan amalan..jangan biarkan hati ini terus sakit dan menderita.

Dr. Majdi al-Hilali menyatakan bahawa hati merupakan medan pertempuran antara nafsu dan keimanan. Jika hati kita sakit dan berisiko menuju ke tahap mati maka mudahlah nafsu meraih gol kemenangan tanpa perlu bersusah payah. Maka, makin hanyutlah manusia ke dalam lembah dosa sedalam-dalamnya. Justeru, mahukah kita menjaga dan mengurus hati dari segala penyakitnya? Semestinya!!!...sayangilah hati kita..moga-moga kita mendapat cahaya hati..:)

Akibat tidak mengurus hati:

1.Hati terpecah menjadi beberapa bahagian menyebabkan sukar untuk kita membuat keputusan.

2.Tidak tenang hatinya

3.Jiwa merasa terseksa

4.Hilang semangat untuk beribadah, tidak merasa kemanisan dalam beribadah

5.Merasa sangat berdosa dan bersalah.


Puasa Dan Menjaga Lidah

Rasulullah pernah berbicara tentang bahaya lidah menerusi sabdanya :

“Siapa yang beriman Kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam.”

( Hadist riwayat Bukhari dan Muslim )


Diriwayatkan dari ash-Shiddiq r.a bahawa dia meletakkan batu di mulutnya untuk mecagah dirinya berbicara. Beliau mengisyaratkan kepada lidahnya dan berkata : “ inilah yang menjerumuskan aku dalam pelbagai kesalahan.


Menjaga lidah dalam konteks berpuasa

Puasa seharusnya dapat menahan lidah dari dosa kerana puasa bukan sekadar menahan perut dari lapar dan dahaga sahaja bahkan lidah turut tertahan dari berbicara perkara-perkara sia-sia. Semakin banyak kita berbicara makin banyak lidah kita tergelincir kepada dosa dan semakin kuranglah pahala puasa yang kita kerjakan. Oleh itu, dengan berpuasa dapat mengisyarakatkan akal dan hati supaya menahan lidah dari mengumpat, mengeji, mengadu domba dan pelbagai penyakit yg disebabkan lidah.

Oleh itu, perbanyakkan atau menyibukkan diri kepada Allah SWT, seperti membaca al-Qur'an, berdzikir, berdo'a, beristighfar, dan amar ma'ruf nahi munkar dan segala bentuk ketaatan kepada Allah.

Orang yang mampu menjaga lidahnya adalah orang yang selamat di dunia dan akhirat. Hal ini telah ditanya seorang sahabat, Sahl bin Sa’ad RA kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasululullah, apakah jalan keselamatan?” Nabi menjawab, “Tahanlah lidahmu, perluaslah rumahmu dan tangisilah kesalahanmu” (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Setiap perkataan pasti ada yang mencatat dan akan dipertanggungjawabk an kelak di hadapan Allah SWT. Karana itu, menjaga lidah merupakan salah satu upaya untuk menghindari hisab di akhirat.

Hayatilah mafhum firman Allah ini….

Tiada satu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir”

( Surah al-Qaf: ayat 18)


Puasa dan menjaga mata

Menjaga mata ketika berpuasa adalah dengan menahan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan, aurat dan melihat wanita yang bukan mahramnya . Orang yang mampu menjaga pandangan mata dapat menghindarkan diri dari membuat maksiat kepada Allah.


mafhum Firman Allah :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat". ( Surah An-Nur: ayat 30)


Lihat betapa hebatnya kuasa mata sehingga boleh menggoncangkan iman seseorang itu. Justeru, pensyariatan puasa adalah sebagai altenatif kepada kita supaya dapat menjaga pandangan kita dari perkara maksiat dan sekarang terserah kepada kita sahaja mahu melaksanakannya mengikut seperti mana yang disyariatkan.

Imam Al-Ghazali pernah menyebut bahawa mata itu “Panglima Hati”.matalah yang mengacu perasaan dan perlakuan awal seseorang. Bila mata sentiasa dibiarkan melihat perkara-perkara yang dibenci dan di larang Allah, sedarlah bahawa pemilik mata itu berada di jurang bahawa yang akan membawa dia kea rah kebinasaan…Iya…bukan mudah untuk kita menjaga pandangan mata setiap masa…setidak-tidaknya kita berusaha untuk mengelak dari perkara yang dibenci Allah dan takut melakukan apa yang dilarangNya..dan itulah sebenar-benar taqwa..


Puasa dan menjaga telinga

Menjaga pendengaran dari segala sesuatu yang tercela dan keji kerana setiap sesuatu yang dilarang untuk diucapkan juga dilarang untuk didengarkan. seseorang yang mendengar orang lain mengumpat sedarlah bahawa dia sebenarnya bersubahat dan turut terjebak dalam dosa mengumpat juga. Dan Allah telah menyatakan tentang padah mengumpat itu seolah-oleh memakan daging saudaranya sendiri..

mafhum Firman Allah :

Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

(Surah al-Hujurat:ayat 12)



Jangan campakkan diri kita ke arah kebinasaan, kerana setiap perbuatan kita sama ada yang terpancar melalui lisan, perbuatan, penglihatan juga pendengaran kita akan diperhitungkan di hadapan Allah kelak. Justeru, perbanyakkan mendengar Kalamullah, zikir, majlis ilmu, nasihat dan sebagainya sebagai usaha kita menjaga telinga ketika berpuasa.



Puasa Dan Menjaga Sikap Dan Perilaku

 
Berpuasa dapat membentuk sikap dan perilaku muslim soleh dengan sentiasa bersabar dan bersikap tenang

melaksanakan perintah Allah semasa berpuasa. Sentiasa menjaga semua anggota badan lainnya dari dosa; kaki
dan tangan dijauhkan dari perbuatan yang makruh dan dari perkara yang diharamkan tetapi meggunakan anggota
yang lain itu dengan membuat perkara yang dituntut sama ada amalan fardu ataupun sunat.

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungajawabkannya.

( Surah al-Isra’: ayat 36)


Kesimpulan


Di sebalik pensyariatan Puasa ke atas setiap muslim itu tersingkap banyak hikmah Allah dalam mendidik diri dan jiwa menjadi muslim yang soleh..baik dari segi amalan mahupun perilaku itu sendiri…moga ramadhan ini dapat benar-benar mendidik kita supaya istiqomah dalam beribadah untuk 11 bulan yang akan datang. ..marilah kita sama-sama meningkatkan amalan…moga-moga kita dikalangan hambaNya yg bertaqwa…aku tinggalkan sahabat dengan firman Allah ini….


Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

( Surah al-Isra’: ayat 36)