BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 18, 2009

Uhibbukumfillah....

Alhamdulillah….usai sudah hasratku menghabiskan novel “Terasing” karangan Hilal Asyraf seorang penulis muda yang berjiwa besar. Novel yang menepati citarasa jiwaku sebagai sahabat… banyak pengisian membina yang mengetuk dinding hatiku dan memberi peringatan akan tanggungjawab aku sebagai sahabat lantas menyedarkan aku akan erti persahabatan yang sebenar..

Sahabat besar ertinya dalam kehidupanku...indahnya persahabatan kerana Allah…saat senang bersama…saat berjaya bersama…saat suka bersama…saat susah bersama…saat sedih bersama…saat kecewa bersama…jatuh dan bangun bersama…sama-sama jalani kehidupan yang penuh fitnah dan dugaan..

persahabatan… ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya juga…saling merasai, saling menjiwai, saling berkongsi, saling lengkap melengkapi...andai sahabat kita kesusahan..kitalah orang yang pertama datang menghulur bantuan…andai sahabat kita menempa kejayaan kitalah orang yang pertama mengukir senyuman kegembiraan…indah sungguh berukhwah kerana Allah….

Aku inginkan sebaik-baik sahabat….

Rasulullah bersabda :

“ Tidak beriman seseorang daripada kamu, sehingga dia mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya”…

“ cukupkah keperluan tuntutan berukhwah aku laksanakan bagi melayakkan aku mendapat sebaik sahabat?…mana mungkin aku akan dapat sebaik sahabat andai diri tidak sebaik-baik sahabat …aku perlu baik..baru la aku dapat sahabat yang baik…”

Iya itulah hakikat… hakikat yang perlu aku ketahui kerana ukhwah yang terbina atas dasar keimanan dan taqwa sahaja yang dapat membuahkan ukhwah sejati dan abadi…itulah sebaik-baik persahabatan..persahabatan kerana Allah.


**********************************************

Indahnya Persahabatan ini KeranaMu…


Aku (Saif) dan Zaman memang rapat. Sama-sama dalam kumpulan debat, sama-sama berjuang dalam Badan Pengawas Sekolah, dan sama-sama mempunyai matlamat kehidupan yang sama, iaitu meletakkan diri pada tahap yang Allah redhai, dan mengajak manusia lain kea rah yang sama.

“tapi aku ada kerisauan.” Tawa mengendur. Wajah Zaman mula serius.

“ Kenapa? Takut tidak dapat biasiswa ke?”

“Aku tidak risau fasal duit”

“Habis tu?”

“ aku risau pasal diri aku.”

“Apa yang kau risaukan?”

“ aku risau kalau Allah uji aku tersungkur atas jalan ini. Aku risau Allah uji aku dengan memalingkan aku daripada kebenaran, lalu aku jatuh ke lembah kehinaan.”

Aku ( Saif) senyap. Suasana damai yang indah dengan sinaran matahari terbit seakan menjadi suram dengan bicara Zaman. Memang iman manusia itu sifatnya turun dan naik. Hidup manusia pula seperti roda. Ada masa di atas dan ada masa di bawah. Bila-bila masa sahaja seseorang manusia itu boleh tersungkur jika dia tidak berjaga-jaga.

“ Jangan risau, perkara itu tidak akan terjadi kepada kau.” Aku ( Saif) cuba menenangkan.

Zaman menggeleng.” Aku bukan malaikat.” Berbicara dengan terus menghadap matahari terik.

Benar. Nampaknya aku tersilap bicara.

Zaman memandang .

“Sahabat.”

Aku (Saif) mengangkat kening. Kenapa?

“Janji pada aku dua perkara.” Zaman mengepal penumbuk dan mendekatkannya pada dada kiriku (Saif).

“ Pertama ingat aku dalam setiap doamu.”

“Kedua?”

Zaman menarik nafas sebentar. “kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok kau luruskanlah aku.”

Hatiku (Saif) bagaikan ditusuk sesuatu yang tajam. Bicaranya menyengat. Besar sungguh harapannya. Takut sungguh akan kerosakan dirinya, sememangnya keimanan manusia ini akan diuji. Dan bagi yang telah merasai kemanisan iman itu, memang dia akan merasa sayang untuk melepaskannya. Mungkin, Zaman sedang merasakan sesuatu yang serupa. Takut teruji dengan sesuatu yang tidak terjangka.

“ Sahabat.” Zaman berbicara lagi.

Aku (Saif) memandang matanya. Tanpa suara, aku bertanya dengan mataku, kenapa?

“ Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu.”

Ketika ini, air mata meleleh juga, tangan Zaman yang menyentuh dada, kupegang dan kudekatkan tubuhnya kepada diriku. Dia kudakap seeratnya.

“ Zaman aku janji dengan kau. Janganlah kau risau macam ni. Kau buat aku sedih.”

Dan aku tahu, Zaman sedang tersenyum bersama air matanya yang meleleh juga. Entah kenapa, aku dapat merasakannya.

Tak sangka, Saifullah yang gagah dan tegas, mampu melelehkan air matannya juga.”

“ Kau peril aku?”

“ Aku bercakap yang benar sahaja.”

Aku tersengih. Sempat lagi bercanda.

“ Saifullah.”

“ Ya.”

“ Uhibbukafillah.” Aku cintakan kamu kerana Allah,

Hati seperti disapa salju.

“uhibbukafillah aidhan.” Aku cintakan kamu kerana Allah juga,

Satu janji terpatri. Di hadapan panorama ciptaan Allah yang indah lagi menyentuh hati.


**************************************************


Aku kagum kehidupan berukhwah antara dua sahabat ini, Zaman dan Saifullah ( watak novel Terasing) benar-benar menyedarkan aku akan ukhwah persahabatan yang sebenar iaitu mencapai mardotillah..subhanallah..indahnya persahabatan keranaMu…

Tuhanku…

Aku patrikan sebuah persahabatan ini atas jalan AgamaMu..andai aku diuji dalam medan uhkwah ini..berikanlah aku kekuatan..berikanlah aku ketabahan..berikanlah aku kesabaran…kerana aku tahu laut tidak selalunya tenang..adakalanya ia bergelora kencang…ukhwah ini tidak selalunya manis…pasti ukhwah ini akan diuji…teguhkan hati-hati ini ya Allah dalam mencapai RedhaMu..

Sahabat-sahabat ku…

Aku suka memetik kata-kata Zaman ini. Hayatilah sahabatku sekalian…

“kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok kau luruskanlah aku. Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu.”

Begitulah indahnya persahabatan kerana Allah…saling kasih berkasih kerana Allah..saling sayang menyayang kerana Allah…saling nasihat menasihat kerana Allah…indahnya Persahabatan keranaMu..

Dengarlah sahabat…

Aku cintakan kalian kerana Allah….abadan abada….

Moga ukhwah suci ini kekal selamanya…

0 comments: