BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 16, 2010

Bangkitku dari mimpi yang ngeri....kemudian dikhabarkan dengan berita yang menyedihkan.....

"rumet...rumet..bangunla...semaye asar..kul 6 doh ni...." sayup2 satu suara yang biasa dan slalu ku dengar memanggilku kala aku masih lena bermimpi sesuatu..sesuatu yang bagiku mengerikan....iya aku masih ingat...bermimpi akan seorang lelaki yang kukira mungkin drakula memakan mangsa..suka membunuh manusia...yang rata2 kalangannya wanita...aku menyaksikan sendiri cara penyeksaannya sehingga saat-saat nafas wanita-wanita itu dihujung nyawa...waktu itu hanya ketakutan menguasai minda...ketika itu juga ketakutan ku tahap maksima sehingga aku menitiskan air mata...aku dapat lihat riak wajah lelaki pemangsa itu yang berkira-kira untuk jadikan aku korban seterusnya... aku benar2 ketakutan waktu itu...fikiran ku hanya terbayangkan kematian...kematian..kematian yang nyata...

terjaga dari pembaringan ...
mimpiku dalam lena tadi ku biarkan seketika, aku trus mencapai handfone .." 1 massege recieved" kelihatan di skrin..lantas ku baca bait-bait isi masej yg baru kuterima dari adikku Fatin :

" Slam....kak long c. za besut skt tnat loni!Skt cncer pyudara thp krtikl. "

aku termanggu dan binggung seketika, benarkah berita yang baru aku terima ini...mana mungkin....baru sekejap tadi ku bermimpi saat-saat kematian..tiba-tiba dikhabarkan dengan berita sedih yang tak terduga...aku tinggalkan persoalan yg membelenggu seketika lantas trus berwudu'dan segera bersolat....

usai mbaca doa..dudukku lebih lama di atas sejadah, aku mula kembali mengaitkan persoalan tadi.... apa benar, mimpiku itu adalah petunjuk dari Tuhan....petunjuk bahawa satu peristiwa sedih bakal berlaku...aku terbayang wajah sepupuku, anis dan nadia...bagaimana mereka menghadapi waktu sukar begini ketika masih diusia muda....sudahlah kehilangan abah tercinta sewaktu tidak tahu apa-apa... ibunya pula bertarung nyawa...Ya rabb...bagaimana keadaan mereka waktu ini...

kira-kira jam 11.15 malam tadi...aku menerima panggilan dari adikku, melalui riak suaranya. aku menjangkakan sesuatu yang ditakdirkan Allah telah berlaku jua...

" kak long, cik za da tak de..dia da meninggal pkul 10 lebih tadi...kat USM Kubang Kerian..."

innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun...hanya itu ungkapan yang keluar dari mulutku...berita itu benar2 meruntun hatiku....benarlah kata Allah dalam Surah Ali Imran ayat 185 yang bermaksud :

" Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya".

benarlah MATI itu pasti...AJAL itu pasti..tidak akan dilambatkan atau dicepatkan walau sesaat pun....


bagaimana keadaan Anis dan Nadia sekarang ini, menerima kehilangan insan yang amat tersayang buat kali kedua...aku boleh merasakan saat2 kesedihan mereka waktu ini...sama seperti yg mereka hadapi sewaktu kehilangan abah mereka ketika dulu...Ya Robb berikan kekuatan dan ketabana bagi mereka...

Tuhan...bagaimana situasi aku di tempat mereka...tak sanggup aku kehilangan insan yang benar2 aku sayang kala ini...banyak dosa-dosaku pada kedua orang tuaku...Abah & Mak, kak long minta ampun...

mak...kak long slalu ingkar dan lawan cakap mak...kak long slalu tinggikan suara dengan mak...maafkan kak long...

abah...kak long minta maaf...abah susah payah kerja nak besarkan kak long, tapi kak long slalu ingkar perintah abah..maafkan kak long...

kak long sayang mak dan abah...

Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibubapa ku yang menjagaku,mendidikku dan memberikan aku sepenuh kasih sayang semenjak aku kecil sehingga aku dewasa, rahmatilah mereka di dunia dan akhirat...

ku tujukan titipan ini buat spupu kesayanganku,anis dan nadia...

Kak Long harap, anis dan nadia bersabar menerima ketentuan Allah ini...Redhakan pemergian Mak...doakan Kesejahteraan Mak dan Abah di di sana..mudah-mudahan mereka berbahagia bertemu dengan Allah...ingat, wahai spupuku, kita semua juga akan menyusul seperti mereka juga suatu hari nanti...perbanyakkan doa kepada mereka...kerna doa anak yang soleh mampu menghubungkan ikatan dengan mereka yang telah meninggalkan dunia yang fana menuju alam akhirat yang kekal abadi slamanya...

Akhirnya, sekalung takziah buat keluarga Cik Za atas kembalinya Cik Za ke rahmatullah...

al- Fatihah buat Allahyarhamah Mak Saudaraku, Cik Za, moga-moga Roh beliau di kalangan Ahli-Ahli Syurga...menghadap Allah Tuhan yang Esa dengan jiwa yang tenang dan diredhai olehNya...

al-Fatihah juga buat Allahyarham bapa saudaraku, Pak Da Jali,moga-moga Roh beliau di kalangan Ahli-Ahli Syurga...menghadap Allah Tuhan yang Esa dengan jiwa yang tenang dan diredhai olehNya...

moga-moga kalian berbahagia bersama di sana slamanya...ameenn...ameen...ya robb alamin.....