BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 13, 2009

Ramadhan Dan Menjaga Anggota

Alhamdulillah..syukur dapat gk aku mengapdate blog ni setelah lama membiorkannya sebulan lebih…teringat aku akan tazkirah zuhur minggu lepas yang telah disampaikan oleh al-fadhil ustaz Zulkarnain. Beliau telah mengupas pada bab menyatakan bagaimana menjaga anggota pancaindera semasa berpuasa. aku sempat mencatat beberapa perkara yg ditekankan oleh ustaz untuk perkongsian dengan sahabat-sahabat yang lain.

Puasa pada zahirnya yg kta tahu menahan diri dari makan dan minum serta perkara yg membatalkannya dari terbit fajar hingga terbenam matahari .itulah takrif puasa yg kta blaja time sekolah dlu2. Pada hakikatnya, tanggungjawab puasa itu lebih besar skop,tumpuan dan peranannya kepada umat islam.


Pancaindera Turut Berpuasa

puasa bukan sekadar terletak pada menahan lapar dan dahaga, bahkan seluruh anggota pancaindera kta wajib turut sama-sama berpuasa. Dalam erti kata sebenar, ia dapat menahan,menjaga dan memelihara anggota pancaindera dari perkara-perkara maksiat dan perkara yang boleh mendatangkan dosa.


Puasa Dan Menjaga Hati

Hati ibarat pemimpin yang ditaati oleh rakyatnya. Jika pemimpin sebuah kerajaan itu adil dan saksama maka rakyatlah yang akan menerima hasil kemakmuran dan keamanan dan kebahagian. Begitu jugalah dengan hati, hati yang dipimpin dengan iman dan tarbiyah dapat membuahkan anggota pancaindera yang baik.

Sabda Rasulullah :

ان في جسد ابن آدم مصغة إل صلحت الجسد كله أل وهي القلب



Ketahuilah kita bahawa betapa besar peranan hati dalam memimpin seluruh tubuh dan jiwa kita kepada ketaatan. Hati yang hidup mendorong anggota melakukan kebaikan dan hati yang hidup juga mendorong kita melakukan amalan.

Mengurus hati dengan puasa

Hati yang sakit sebenarnya dapat dirawat dengan amal. Puasa juga salah satu amalan yang dapat menguruskan penyakit hati seperti iri hati, dengki, riya’, hasad, fitnah, buruk sangka , khianat ,was-was, marah, dan sebagainya. ya..jika kta mengalami penyakit hati seperti di atas ketahuilah bahawa kita sebenarnya berisiko untuk menuju ke tahap hati yang mati. Justeru, ubatilah hati kita yang sakit ini dengan amalan..jangan biarkan hati ini terus sakit dan menderita.

Dr. Majdi al-Hilali menyatakan bahawa hati merupakan medan pertempuran antara nafsu dan keimanan. Jika hati kita sakit dan berisiko menuju ke tahap mati maka mudahlah nafsu meraih gol kemenangan tanpa perlu bersusah payah. Maka, makin hanyutlah manusia ke dalam lembah dosa sedalam-dalamnya. Justeru, mahukah kita menjaga dan mengurus hati dari segala penyakitnya? Semestinya!!!...sayangilah hati kita..moga-moga kita mendapat cahaya hati..:)

Akibat tidak mengurus hati:

1.Hati terpecah menjadi beberapa bahagian menyebabkan sukar untuk kita membuat keputusan.

2.Tidak tenang hatinya

3.Jiwa merasa terseksa

4.Hilang semangat untuk beribadah, tidak merasa kemanisan dalam beribadah

5.Merasa sangat berdosa dan bersalah.


Puasa Dan Menjaga Lidah

Rasulullah pernah berbicara tentang bahaya lidah menerusi sabdanya :

“Siapa yang beriman Kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam.”

( Hadist riwayat Bukhari dan Muslim )


Diriwayatkan dari ash-Shiddiq r.a bahawa dia meletakkan batu di mulutnya untuk mecagah dirinya berbicara. Beliau mengisyaratkan kepada lidahnya dan berkata : “ inilah yang menjerumuskan aku dalam pelbagai kesalahan.


Menjaga lidah dalam konteks berpuasa

Puasa seharusnya dapat menahan lidah dari dosa kerana puasa bukan sekadar menahan perut dari lapar dan dahaga sahaja bahkan lidah turut tertahan dari berbicara perkara-perkara sia-sia. Semakin banyak kita berbicara makin banyak lidah kita tergelincir kepada dosa dan semakin kuranglah pahala puasa yang kita kerjakan. Oleh itu, dengan berpuasa dapat mengisyarakatkan akal dan hati supaya menahan lidah dari mengumpat, mengeji, mengadu domba dan pelbagai penyakit yg disebabkan lidah.

Oleh itu, perbanyakkan atau menyibukkan diri kepada Allah SWT, seperti membaca al-Qur'an, berdzikir, berdo'a, beristighfar, dan amar ma'ruf nahi munkar dan segala bentuk ketaatan kepada Allah.

Orang yang mampu menjaga lidahnya adalah orang yang selamat di dunia dan akhirat. Hal ini telah ditanya seorang sahabat, Sahl bin Sa’ad RA kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasululullah, apakah jalan keselamatan?” Nabi menjawab, “Tahanlah lidahmu, perluaslah rumahmu dan tangisilah kesalahanmu” (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Setiap perkataan pasti ada yang mencatat dan akan dipertanggungjawabk an kelak di hadapan Allah SWT. Karana itu, menjaga lidah merupakan salah satu upaya untuk menghindari hisab di akhirat.

Hayatilah mafhum firman Allah ini….

Tiada satu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir”

( Surah al-Qaf: ayat 18)


Puasa dan menjaga mata

Menjaga mata ketika berpuasa adalah dengan menahan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan, aurat dan melihat wanita yang bukan mahramnya . Orang yang mampu menjaga pandangan mata dapat menghindarkan diri dari membuat maksiat kepada Allah.


mafhum Firman Allah :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat". ( Surah An-Nur: ayat 30)


Lihat betapa hebatnya kuasa mata sehingga boleh menggoncangkan iman seseorang itu. Justeru, pensyariatan puasa adalah sebagai altenatif kepada kita supaya dapat menjaga pandangan kita dari perkara maksiat dan sekarang terserah kepada kita sahaja mahu melaksanakannya mengikut seperti mana yang disyariatkan.

Imam Al-Ghazali pernah menyebut bahawa mata itu “Panglima Hati”.matalah yang mengacu perasaan dan perlakuan awal seseorang. Bila mata sentiasa dibiarkan melihat perkara-perkara yang dibenci dan di larang Allah, sedarlah bahawa pemilik mata itu berada di jurang bahawa yang akan membawa dia kea rah kebinasaan…Iya…bukan mudah untuk kita menjaga pandangan mata setiap masa…setidak-tidaknya kita berusaha untuk mengelak dari perkara yang dibenci Allah dan takut melakukan apa yang dilarangNya..dan itulah sebenar-benar taqwa..


Puasa dan menjaga telinga

Menjaga pendengaran dari segala sesuatu yang tercela dan keji kerana setiap sesuatu yang dilarang untuk diucapkan juga dilarang untuk didengarkan. seseorang yang mendengar orang lain mengumpat sedarlah bahawa dia sebenarnya bersubahat dan turut terjebak dalam dosa mengumpat juga. Dan Allah telah menyatakan tentang padah mengumpat itu seolah-oleh memakan daging saudaranya sendiri..

mafhum Firman Allah :

Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

(Surah al-Hujurat:ayat 12)



Jangan campakkan diri kita ke arah kebinasaan, kerana setiap perbuatan kita sama ada yang terpancar melalui lisan, perbuatan, penglihatan juga pendengaran kita akan diperhitungkan di hadapan Allah kelak. Justeru, perbanyakkan mendengar Kalamullah, zikir, majlis ilmu, nasihat dan sebagainya sebagai usaha kita menjaga telinga ketika berpuasa.



Puasa Dan Menjaga Sikap Dan Perilaku

 
Berpuasa dapat membentuk sikap dan perilaku muslim soleh dengan sentiasa bersabar dan bersikap tenang

melaksanakan perintah Allah semasa berpuasa. Sentiasa menjaga semua anggota badan lainnya dari dosa; kaki
dan tangan dijauhkan dari perbuatan yang makruh dan dari perkara yang diharamkan tetapi meggunakan anggota
yang lain itu dengan membuat perkara yang dituntut sama ada amalan fardu ataupun sunat.

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungajawabkannya.

( Surah al-Isra’: ayat 36)


Kesimpulan


Di sebalik pensyariatan Puasa ke atas setiap muslim itu tersingkap banyak hikmah Allah dalam mendidik diri dan jiwa menjadi muslim yang soleh..baik dari segi amalan mahupun perilaku itu sendiri…moga ramadhan ini dapat benar-benar mendidik kita supaya istiqomah dalam beribadah untuk 11 bulan yang akan datang. ..marilah kita sama-sama meningkatkan amalan…moga-moga kita dikalangan hambaNya yg bertaqwa…aku tinggalkan sahabat dengan firman Allah ini….


Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

( Surah al-Isra’: ayat 36)


0 comments: